Katak atas tempurung

May 12th, 2009 by zh

Korang pernah dengar Upin & Ipin? (kalau tak pernah dengar..tak tahu la nak cakap apa=p) Aku memang follow Upin & Ipin ni sejak diorang keluar kat tv9 masa bulan puasa 2 tahun dulu. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni MMU ada buat lawatan ke Les’ Copaque (Syarikat yang lahirkan watak Upin & Ipin nih). Jadi aku pon ikutla sama. Kat sana, ada la seorang kakak manis yang layan kitorang dengan bagi penerangan mengenai Les’ Copaque dan Upin & Ipin..
Mengikut cerita kakak ni, ahli-ahli kat Les’ Copaque ni ramai dari MMU. Takdela semua, ada dari Uitm, LKW.. Korang pernah tengok animasi pendek yang tajuknya ‘Misi Mustahak’ ? Student MMU @ founder Les’ Copaque le yang buat animasi ni. Jadi aku sebagai warga MMU juga turut berbangga dengan kejayaan diorang ni. Hee!


Ni bilik audio recording. Brother ni tengah bagi penerangan dan tunjuk demo macam mana nak buat sound effect dalam cerita Upin & Ipin. Kalau tak silap,  Kat bilik ni jugak le suara aktor dirakam.


Brother ni pulak tengah tiru gaya  Ehsan (satu karakter dalam Upin & Ipin).



Nak buat 3d ni bukannya senang. Siap kena bubuh tulang dalam karakter lagi. Macam manusia betul lah pulak.
Dulu aku punya assignment kena buat handphone sendiri dalam bentuk 3d. Itu pon punyala pening kepala nak siapkan, kalaula kena buat filem..haih!


Berhadapan dengan bangunan Les’ Copaque ni, ada satu restoran. Geng’s Corner nama dia. Restoran ni pon kepunyaan Les’ Copaque juga. Memang menarik betul restoran ni. Rata-rata ada je muka si Upin & Ipin ni =p

Apa-apa pon aku enjoy. Rasa macam zaman sekolah rendah dulu pulak, ada lawatan sambil belajar. hee!

____________________________________________________________________
Tunang: Rina & Meor




Kepada cik Rina dan Encik Meor, selamat bertunang dari saya. Nanti nak kahwin, boleh hire kami lagi =)

Zati Hanani
Intai-Intai photographer
phone no:
012-202 6962
yahoo! messenger: miss_hanani

Cik Zati's Facebook profile

Posted in Event

17 Responses

  1. lei

    zati
    aku suke dgn editing 2nd last ko…lama x tgk editing cmni..yg freshh…bgus ler..
    smpai ke kdai mkn upin n ipin nih…berbangga betul org melayu berjaya smpai ketahap ini..org lain boleh..kita pun boleh….yoshhhh
    =)

  2. saupix ahmad

    salam beb,

    aik.. gambo kawan aku pun ada kat page kau nih zati.. yang berbaju biru tu kawan saya masa mengaji dulu kat penang.. nama dia zaki.. beliau sungguh bijaksana.. skrg dia keja kat kompeni yang best.. saya sungguh jeles ngan beliau.. ngan cik zati pun saja jeles gak sebab beliau slaloo ambik gambo mesti cantik.. ;)

  3. hanif ramli

    wohohoho anda buat rombongan eyhh..
    style la..bkn sume org dpt g..
    t anjur lg k rombongan cik zati ney heheh

    ko pnye edting mkin mngancam la
    style la

  4. azrulsham

    pix smakin mngancam ni…..smpai ke selatan dia amik gmbr ee skang….hehehe!!! btw, pix#2 rina & meor cam ada failure skit tang erase area muka ke rambut….:P

    re : sedang buat bbrpa eksperimen dlm editg….fine tune..

  5. cikzati

    azrulsham – hak ah la beb..baru prasan..rmbut setengah biru setengah hitam..hakhakhak..thanx tego..:P

  6. azrulsham

    re : mata sy ni kot kuat sgt membelek gmbr2 org….hehee!! :P

  7. azrulsham

    re : buat bbrapa layer…..YM @ FB la senang nk cite….kt cni ade kepayahan yg nyata…. :P

  8. si tukang buat sushi

    aloo cik zati..
    best nyer g situ…
    kite nk ikot gak…
    apsal xjak kite…

    kaler gmbr makin best…
    gua jeles…

  9. azrulsham

    sori late….yol_2yol@yahoo.co.uk

  10. ad+apex@MeMoRaBiLia

    betol3 :-)
    best la kowang dpt tgk tmpt kelahiran upin & ipin kan…

    gambo tunang itu juga sgt sweet :-)

    makcik itu telah memberi 2 plastik ikan kering utk di rasa. hari2 resepi kitaorg kat umah ada masak ikan kering *heh3. org2 kelantan baik2 belaka -lah.

  11. FarEast

    bangga anak malaysia hasilkan animasi mcm ni … hopefully lebih maju kedepan ;)

  12. andaQ

    sgt bez upin n ipin!
    bkn budak2 je tgk.
    tp org tua pon suke tgk.
    bijak2.
    :)

  13. emran malek

    btol btol btol

  14. hairie

    re:thnx for d comment,sbnrnyer byk gmbr lain dlm angle berlainan..close up pn ader..cumernyer aku simpan untuk taruk ke tempat lain..heheh…saje jer..nnti boring lak org tgok gmbr samer blog ngn website kan…tggu jela gmbr2 lain nanti dlm main website yer..

  15. hairie

    luper nk ckp..timer kasih yer tolong amikkan gmbr rina tuh…

  16. afifinasir

    aku rase gambar tag pesakit en.man tu mmg original lah. betul juga; takkan lah nk amik muka pesakit, nk tgk pun xsedap ati kn?

  17. afifinasir

    huhu. salah comment blog. sah aku amateur =)

POST A COMMENT ::