Hari 1 @ Pekanbaru Riau





Minggu lepas aku dengan kawan; Nasz & famili ke Riau, Indonesia. Ini la kali pertama aku jejakkan kaki kat negara orang ;p
Dalam masa 45 minit dari Malaysia, sampai lah kami ke Airport Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru. Lepas turun dari kapal terbang, kami pon singgah makan kat warung dalam airport tu. Ini kali pertama jugalah aku merasa nasi padang ni. Masa diorang mula-mula hidang tu, teruja juga! “takkan makanan macam ni punya banyak aku kena makan? Best betul..” ha ha ha.
habis je makan kami jumpa dengan seorang pakcik pemandu yang boleh bawa kami ke hotel + jalan-jalan. Lokasi kami seterusnya ke Bukittinggi. Dari Pekanbaru ke Bukittinggi jauhnya ada dalam 229km. Ikut dalam Google Earth perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam. Tapi hakikatnya, nak dekat 5 jam kot! Mana tak lama, lalu pulak jalan bukit bukau..kan bagus kalau ada highway.. ;p
Hari pertama tu masa banyak habis kat dalam kereta je. Sesekali tu ada juga la pakcik tu berhentikan kereta kat tempat-tempat best sebelum kitorang sampai ke Bukittinggi. Yang best, aku rasa diorang semua yang duduk kat sini ni dah biasa kena hon kot. haha! Sebab pakcik yang bawa kitorang ni selalu sangatla hon kat kereta & motor atas jalan tu. Bila kena hon, aku tengok muka masing-masing ketat & rileks je, macam tak ada apa-apa berlaku. hehe! aku rasa kalau kat Malaysia ni, tak tahu la macam mana kan.. ;p
nota: Pekanbaru juga antara kota terbersih di Indonesia fuyohh!
Zati Hanani
Intai-Intai photographer
phone no: 012-202 6962
yahoo! messenger: miss_hanani
Posted in Travel

June 13th, 2009 at 8:58 am
babe, u were in pekan baru? besh2! the first time i bought the flight ticket to pekan baru, nak google pesal pekan baru, takder aper la sangat, tapi bile gi sana, end up, syok jugak! culture derang, mak aih! dah gi makan jagung belum kat jambatan tue?
June 13th, 2009 at 2:25 pm
huh!
jeles btol aku tgk ko g mlncong nie..
aihhh..
bab2 makan aku tau ko mmg suke..
bg la byk mane pon..
hahahaah
June 13th, 2009 at 7:51 pm
waaa.. ! nani p bukittingi yeks..?? wawaaaa.. ! nak kirim kebaya selai.. keke.. !
nak gmba ! nak gamba ! sile upload ngan kadar segera.. ! heeee.. !
June 13th, 2009 at 8:04 pm
cantik, tapi tak ada gambar lain lagi ke?show me ok.
next time ajak la aku sekali nak melancong gak huhuhu
June 15th, 2009 at 11:34 am
pergh… aku blom pernah melancong ke oversea ni. pasport pun taraks. sengaja sebenarnya… kalo ada pasport, siap la aku haha!
besh beb kan? bila berada di luar kebiasaan =)
June 15th, 2009 at 11:57 am
bagi yang nak melawat kat sumatera barat ( padang – bukittinggi ) sila hubungi :
mandiri holidays
jl ipuh mandiangin 92 b bukittinggi – west sumatera
telp. +62 752 8011522
mobile : +62 81363408670
e mail : mandiri.holidays@yahoo.com
Kami bagi harga berpatutan serta pelayanan yang terbaik
June 15th, 2009 at 1:36 pm
virus2 wey..lari2….souvenir aku mana nie
June 16th, 2009 at 1:33 pm
5 ketul gamba je ker..cik zati….buh ler bebanyak sket…..jalan jauh2..terbang..terbang….campok ler 50 ketul gmba lagi kat sini…isk…isk
=)
June 19th, 2009 at 3:36 pm
makan lg zati,makan lg,
June 24th, 2009 at 9:27 am
waaa..sronoknye zaty g jejalan..upload lor pic lagi..xkan 5 ketui ja