emak..

August 12th, 2009 by zh

Isnin baru-baru ni, emakku dimasukkan ke hospital. Emak ada diabetes. Pagi Isnin tu, badan emak menggeletar. Mak menangis cakap dia kesejukan. Kaki emak sejuk. Abah pon segera  hantar emak ke SJMC. Sebelum mak keluar rumah, emak salam adik, emak salam aku..aku sedih. Hari tu aku tak sedap hati, kelas pagi & petang aku tak pergi pon. Aku jaga emak di hospital. Aku sedih lihat keadaan emak masa tu. Keadaan emak sangat lemah. Badan emak kena masuk air. Alhamdulillah, badan emak tak menggeletar lagi. Doktor bagi ubat. Sepanjang hari tu, aku duduk dengan emak. Emak kuat, walaupon dia sakit, dia boleh bangun sendiri. Aku kagum..
Masa emak makan, emak sempat bercerita pada aku bagaimana keadaan arwah nenek ketika menghidap diabetes. Emak cakap, apa yang arwah nenek rasa, emak sedang rasa ketika itu..aku sedih
Semoga emak cepat sembuh, dan dipanjangkan usia..Amin..

Posted in cherita dari hati

11 Responses

  1. Nasz

    sabar yer zati..banyak2 doa supaya mak ko sentiasa sihat, ko tu selalu2 la dok umah, tolong mskkn mak ko mknn yg sesuai utk dia..hehehe.

  2. lei

    ye zatii…

    ako pun berdoa semoga mak ko cpt sntiasa sihat walafiat saja…
    amin….

    jga mak ko baik2…untung mak ada dkat slalu……

    *ko pun jga mkn gk..uhuhu

    =)

  3. jihani

    aku doakan mak ko cepat sembuh, panjang usia. insyaallah sihat nanti lepas kuar spital. jaga makan minum dia ye :)

  4. Shafina

    Semoga mak Zati cepat sembuh.
    Jaga makan/pakai/hati dia elok2.

    Sedih bila mak sakit kan?

  5. ad+apex@MeMoRaBiLia

    salam cik zati . kami doakan ibu moga cepat sembuh . mesti dia bangga ada anak mcm ko ni . take care okeh =)

    * aku ada stok bubble lebih . ko ndak? =)

  6. zh

    re: thanx korang semua :)

  7. shida

    zati..doa bnyak2 ye..aku faham perasaan ko sbb aku dah alami suma ni…yg penting tabahkan hati dan kuatkan iman ye…aku doakan semoga mak ko cepat sembuh…amin…

  8. si tukang buat sushi

    jgn sedih2 ek…
    be strong…

  9. Radin Aminurasyid

    ermm…
    tabahkn hati sdari & juga mak sdari…
    byk2kn fikirn positif…
    insyallah, semuanya akn ok…
    smoga maknya akn cepat sembuh.. amin…

  10. kutriam

    cik hanani.

    kamu adalah kuat.

    kamu adalah tabah.

    semoga ibumu kembali sihat sejahtera.

    amiin.. :)

  11. zh

    reply:
    thanx kawan-kawan semua, emak saya sudah makin sihat :)

POST A COMMENT ::