Egypt 1

February 27th, 2010 by zh


10 & 11 Feb 2010
Salam. Entry kali ni nak cerita mengenai pengalaman mengerjakan umrah buat kali pertama. Alhamdulillah..
Pada 10 Feb lepas, aku & family berangkat ke KLIA. Umrah ziarah ni Kitaorang satu family ikut rombongan Andalusia. Jam 4.30 macam tu kitaorang naik kapal terbang Saudi Arabian. Perjalanan ambil masa 8 jam untuk sampai ke airport Jeddah. Sampai kat airport Jeddah dalam pukul 8.30 malam. Transit kat sana 12 jam. Jadi kami satu rombongan tidur kat airport Jeddah sampai keesokan harinya. Malam tu aku susah sikit nak tidur mungkin sebab perubahan waktu dan suhu kat airport tu yang agak sejuk. Lepas solat subuh rombongan kitaorang pergi sarapan. Masa tu la baru mata aku rasa mengantuk sangat dan aku pon tidur la kejap kat surau. Lepas 2 jam, dalam pukul 8.40 pagi waktu Jeddah, kitaorang pon naik kapal terbang ke Cairo (Kaherah). Perjalanan ke sana ambil masa 3 jam.  Sampai je kitaorang kat airport Cairo, settle hal passport, angkut beg barang segala,  kitaorang terus naik bas.

Suasana kat Mesir aku rasa lain sangat. Cuaca kat sini berangin dan sejuk je. Udara kat Mesir ni berpasir. Tak la panas seperti yang aku sangka. Pemandu pelancong kitaorang namanya Ayman. Sepanjang perjalanan sebelum sampai hotel, dia ni banyakla bercerita tentang sejarah-sejarah yang ada kat bumi Mesir ni.


Sepanjang aku duduk dalam bas, aku perasan yang penduduk kat Mesir ni memang suka hon kereta. Tapi hon dia tak menyakitkan hati la kalau nak dibanding dengan kat Malaysia ni kan. Hihi. Dan apa yang aku nampak, jalan raya kat sini macam tak ada traffic light je. Kalau ada pon, lampu kuning je yang menyala.
Kitaorang check in kat Grand Pyramids Hotel. Lepas dapat je kunci bilik,  kitaorang terus keluar semula untuk lunch di Queen Cleopatra Restaurant. Makanan kat restaurant Cleopatra ni bagi aku sangatla mewah. Tak tahula berapa ringgit sekepala. Lepas makan, pemandu pelancong ni cakap nak bawa kami ke Giza tengok piramid. Malangnya, sampai je kitaorang kat sana, piramid tu dah tutup. Mungkin sebab dah petang sangat. Tak mengapalah, bukan rezeki kitaorang kot masa tu. Mungkin esok saja.


Untuk tak mengecewakan kitaorang, Ayman pon buat plan B iaitu bawa kitaorang pergi melawat kedai minyak wangi dan muzium papyrus. Yang menariknya kat muzium papyrus ni kan, kitaorang dapat tahu teknik membuat kertas menggunakan pokok papyrus. Dan fakta menarik yang kitaorang tahu, bentuk piramid yang segitiga tu diambil sempena batang pokok papyrus ni yang bentuknya segitiga juga. Menarik bukan? ; ) Selama ni aku baca asal usul kertas dari papyrus ni dalam buku sejarah je. Kali ni, depan mata ha
; )

bersambung lagi..

Posted in Travel

6 Responses

  1. lei

    hajah zati…

    mana unta yg ko kate nk bg tuh…hukhuk

    =p

  2. zh

    ada lei.. aku dah suruh Gdex hantarkan ;) )

  3. khairilmustafa

    wuuuu

    berhajat gk nk ke sini ngn family.

  4. zh

    yem.. kalau da ada hajat tu..nnt smpai le tu..hihi..sronok

  5. makcu

    patutnyeee bwk balik sorg dua mamat egypt erkkk hehehhee…

  6. zat

    ow yea memang seronok gi cairo ni
    tapi scary gak ngan penjual-penjual kat piramid tu
    sayang arh tak beli sebotol dua perfume ala ala polo, dior etc kat kedai perfume tu haha

POST A COMMENT ::