Egypt 2

February 28th, 2010 by zh


12 Feb 2010
Awal pagi lagi kami dah siap-siap bertolak menuju ke Piramid Giza. Sampai je kami kat sana, piramid tu dah penuh dengan orang ramai.  Kagum jugalah tengok piramid yang betul depan mata kan. Selama ni selalu tengok sunway piramid kat tepi rumah jer. hihi ; ) Kat sini kena jaga-jaga sikit dengan orang yang jual barang. Nak beli pon susah, tak nak beli pon susah. Mereka ni agak mendesak.
Masa yang diberikan untuk kat situ tak lama, sempat jugalah kami naik & bergambar kat batu-batu atas piramid tu. Kat tepi piramid tu ada la beberapa ekor unta untuk pelancong naik. Pak arab tu cakap, kalau nak ambil gambar unta pon (bukan bergambar dengan unta ye), kena bayar ok! ; )

Lepas tu kami satu bas bergerak ke belakang piramid untuk lihat the great Sphinx of Giza. Info, Great Sphinx of Giza ni juga sebagai penjaga temple atau pyramid of Khafre. Kat sini lagi ramai pelancong. Orang cakap Mesir cuti hari tu, jadi ramailah pelancong local yang datang. Sepanjang laluan untuk ke The Sphinx ada ramai peniaga yang jual barang-barang local Egypt. Ada jual manik kepala, patung, poskad dan macam-macam lagi. Aku sangat tertarik dengan selendang manik yang diaorang jual tu, sangat cantik & unik.

Lepas dah puas bergambar kat great Sphinx , kami dibawa ke kedai cotton untuk siapa-siapa yang nak beli kain cotton. Memandangkan aku ke sana tak bawa duit langsung, jadi aku setakat boleh pegang dan tengok-tengok jerlah huu! Kemudian, kami pergi melawat ke sebuah lagi tempat menarik iaitu Citadel of Salah al-Din. Tiket untuk masuk ke sana berharga 50LE.
Masa di pintu masuk sangat sesak. Mungkin kami pergi waktu peak hours kot, jadi nak masuk ke sana pon kena tunggu giliran.

Dalam Citadel ni ada muzium dan masjid lama (Masjid Muhammad Ali Pasha / Alabaster Mosque). Kami dibawa melihat sekitar Citadel dan melihat interior di dalam masjid. Seronok duduk dalam masjid ni, sejuk je. Kawasan keseluruhan Citadel ni cantik amat. Macam istana lama yang lengkap dengan benteng & kubu pertahanan : )

Lepas melawat Citadel, kami dibawa ke masjid Imam Shafie untuk solat. Lepas solat, destinasi terakhir untuk hari tu ialah ke Khan al Khalili. Bazar yang jual macam-macam barang  dengan harga yang boleh tahan. Ada jubah, baju, tudung, perkakas, barangan brass, rempah ratus, emas dan banyak lagilah. Aku jalan-jalan + window shopping je kat situ. Tak ada duit masa tu, geram je rasa! T T
Aku suka suasana di Khan al Khalili ni. Sibuk sekali. Peniaga-peniaga kat sini pon ramah je dengan orang Malaysia. Satu benda yang aku kagum, aku tengok ada ramai kaum wanita kat situ yang angkat barang-barang berat letak kat kepala. Angkat guni, carpet, tong gas, wow!



Khan al Khalili ni juga tempat untuk penduduk kat sini beriadah. Rata-rata tempat kat kawasan ni mesti ada family berkelah. Yang lepak saja-saja pon ramai juga. Memang sangat meriah. Yang buat aku tertarik kat orang Mesir ni dia punya pakaian. Pakaian perempuan diaorang sangat trendy, fashionable but yet sangat menutup aurat. Pakaian diaorang sangat kemas walaupon pergi pasar je. Suka betul aku tengok : )
Malam tu pula, ada river cruise + makan malam yang berharga 120 dollar seorang. Memandangkan aku tak berduit masa tu, maka aku pon tak join. Makan malam di hotel saja. Itu sahaja coretan sepanjang berada di Mesir. Esoknya, lepas sarapan, kami semua berangkat ke Jeddah dan menuju ke Taif. Alhamdulillah..
nota: masa sarapan, dapat rasa jus fofular kat Egypt, jus Karkadeh!

Bersambung lagi : )

Posted in Travel

10 Responses

  1. zat

    lawa ar gambar ko.
    aku pun suka kat khan al khalili tu.
    sayang sungguh tak beli pashmina tu. terbayang sampai sekarang huhu.
    erm tengok orang egypt yang sentiasa sibuk tu buat aku rasa seronok je haha.
    perasan tak orang kat sana tak ada yang melepak kosong tengok langit semua kaki tangan bekerja. walaupun nampak ala-ala menggelabah, tapi dorang buat keje ok haha.
    p/s: adoi adik angkat roti baladi tu gigit jari jek. stress ke :)

  2. husni

    best gambar2.

    member aku cakap, orang kat sana kalau tengok pelancong, memang diorang tekan habis. dia masuk pyramid, harga jadi 3 kali ganda dari biasa. nego2 last2 dapat 2 kali ganda gak. haha.

    plus, kat sana macam kat thailand member aku cakap. kalau shopping kat thailand, orang yang pandai tawar menawar ni, penjual bagi plastik warna lain. so bila kita pegi kedai lain, penjual nampak plastik yg ko pegang tu, dia tau ke’power’an ko menawar, so diorang akan hati2. haha. member aku cakap sama gak cam kat sini. :P tak tau la betul ke tak.

  3. zh

    re husni: hahahaha serius ke beb pasal plastik tu? haha, naper x cakap awal2..bleh gak aku test kt sana..dahla xde duit..ade hati nak tawar menawar..(bape kali ulang dah xde duit ni..) LOL ;p

    tp kt situ aku lepas gak beli sehelai t-shirt egypt bernilai rm6 duit Malaysia…hihih..tu pon ada hati nak tawar lagi! agagag!! ;p

  4. Nani

    ko tawaf piramid naik bas! kitorg aritu jln sndri naik kaki wooo! mse ko pegi winter tggl sisa2 lg..aku pegi time summer..matahari atas kepala jek. ahahah.
    khan al khalili kitorg pggl sukh hussain (pasar hussin) kt situ lah tempat aku akan pegi setiap kali nak blk mesia for summer holiday. kt situ mmg murah2..tp kne pndai tawar la. huhu. ko bli x tong shisha? kalo pegi negara arab mmg kne beli benda tuh. wajib! kalo x..x dapek la cr kt sni. aku pn setiap thn mengangkot 3-4 tong shisha. lepas neh da xde lg la. huuu~
    lg 1..org2 kt sne kalo nmpk org luar die mmg tekan. dgn beggers nye. rimas. haha. ko ade pegi muzium die? yg mumia tuh..tp tuh la mesir neh name je tpt bersejarah dlm islam..tp muzium penuh dgn mumia..zaman purba kala. lgsg xde ciri islam. huhu.

  5. zh

    hehe kalau aku duduk sana mcm ko pon aku rasa aku dah kena jalan kaki kot..;p feh ko gi time summer..mmg btol2 panas tuu..
    tong shisha? hehe, aku duit pon xde masa kt situ nani..hahaha.. dpt beli t-shirt tu pon da syukur sgt dah..ehsan dr ayah aku lols;p
    muzium mumia tak gi ..xde dalam jadual lawatan pon weh hee ;p

    tp mesir sgt ramai manusia kan beb..ramai gile2…

  6. hairieamin

    mane gmbr nko nie..gmbr postcard ajer sumer nie..anyway…teringin jugak nk ke timur tengah gak la…

  7. zh

    hairie, seganla nak bubuh muka sendiri..;p
    xpe ko dah travel satu dunia..mesti smpai sini nye satu hari nnt

  8. Nani

    kt sane mmg sgt rmai org. sbb tuh kalo ko tgk dorg xde rumah sebijik2 mcm kt mesia. rumah sme jenis apartment. tinggi2 sme. penah la ade pakcik arab tuh tnye aku total penduduk mesia..bile aku ckp..die bitau jumlah tuh same dgn tpt yg aku duduk (mansoura) which is kampung je babe! tp series mmg padat. huhu.

  9. zh

    nani: hak ah.. aku perhati gak masa dlm bas tu..kt mana la dorg duduk..apartment dorg bnyk gak yg jenis x siap kan..tang atas hehe..mmg betul le apa yg pakcik arab tu cakap, aku tengok setiap lorong..penuhhh dgn manusia..setiap lorong kk… dahsyat..

  10. =aNa=

    egypt 3 plz… sonok aku tgk gmba2 ko. ;)

POST A COMMENT ::